Thursday, August 18, 2016

Taip. Padam.

Banyak kali buat.
Taip. Padam.
Taip. Taip. Taip. Padam
Taip lagi. Padam juga.
Taip. Taip. Baca. Macam ok.
Tak. Kita padam juga.

Sudahnya tak ada pun yang bermanfaat untuk kita kongsikan.
Hanya satu entri luahan yang mungkin tiada maknanya.

p/s: Maaf, sebab dah buat yang membaca buang masa di sini. =(

p/ss: Gambar sekadar hiasan pun tak ada. Lagilah tak ada idea. Hurmm..

Sunday, August 14, 2016

Ejen Affiliate.

Rasa macam dah lama tak update blog. Tak tahu nak update apa. Jadi saya kongsikan laman sesawang yang boleh kita sertai untuk jadi agen affiliate mereka.

1) eQurban.com
 


2) Sweet Muslimah

SweetMuslimah.com


3) Klikjer

Dalam klikjer ada pelbagai produk yang boleh kita pilih untuk buat promosi. Antaranya:

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!



Dan banyak lagi.




Banyak lagi laman sesawang yang lain yang boleh kita join affiliate mereka. Sambil berblog boleh juga jana pendapatan, kan? Saya tahu ramai yang dah pakar bab affiliate ni. Saya aje yang baru nak belajar pasal affiliate. Huhu.. Tapi kena rajinlah nak update blog selalu. Ini lebih tuju untuk diri sendirilah ni. Kalau tak memang tak berupdate aje blog ni nanti. >__<

p/s: Dah lama juga tak ber nuffnang..

Wednesday, August 3, 2016

Dekan.

Ikutkan hati, masa mula-mula masuk universiti, memang target nak dapat pointer dalam senarai Dekan. Tapi sayang, semangat itu hanya hangat-hangat tahi ayam. Semangat yang berkobar-kobar itu telah menjadi rapuh di pertengahan jalan.

Bila dah dapat keputusan, barulah nak rasa menyesal. Menyesal sangat sebab tak usaha sungguh-sungguh. Hanya takat nak lulus aje. Mana nak dapat dekannya.

Hurmm.. Move on lah. Sedih lama-lama pun tak guna juga. Ada banyak masa lagi nak kejar pointer dekan untuk semester akan datang. Cuma kali ini memang kena kerja keras kalau betul-betul nak dapat empat rata.

Kejayaan itu milik kita. Usahalah! Insha-Allah, kita boleh lakukannya.


Kesilapan itu sering aje berlaku. Harapnya kali ini benar-benar ambil pengajaran dalam setiap kesilapan yang dilakukan.


p/s: Keputusan semester dua dah keluar. Alhamdulillah. Masih hidup lagi. Huhu.